"Memang musim ini, kewangan kita agak teruk kerana kutipan tiket perlawanan tak dapat menampung kos pengendalian pasukan.
"Prestasi pasukan juga menjadi punca penyokong tak datang ke stadium. Semua masalah ini berkait-kait sebenarnya.
"Jadi untuk musim depan, kita akan hentikan pembelian pemain import
tempatan, sebaliknya menggunakan anak-anak Pahang yang mempunyai jati diri," jelasnya.
Timbalan Presiden PBNP, Datuk Muhammad Safian Ismail
aku tak bley jauhkan diri daripada bercerita tentang pasukan bolasepak
kesayangan aku, Pahang.. untuk tahun yang ketiga berturut2 dengan persembahan hambar.. takde apa yang bley dibanggakan dengan skuad Tokgajah nih..
aku tertarik untuk mengulas statement kat atas tuh.. agaknya dia baru sedar tentang kepentingan untuk anak muda tempatan diberikan peluang untuk membawa cabaran pasukan Pahang musim hadapan..
apa guna bergantung harap kepada pemain luar yang hanya menanti hujung bulan untuk kuar duit dari mesin atm.. kalu gaji masuk lambat sket.. smer main mcm budak bawah 12 tahun.. atau bley aku katakan budak bawah 12 tahun main lagi cantik daripada dowang tuh..
cukup-cukupla panggil orang luar.. dah tiba masa kita bina generasi sendiri yang bley dibanggakan.. memang la amek masa.. tapi ingat la yang kejayaan tuh tak terhasil secara 'mee segera'..
tapi, persoalannya sekarang.. saper awak yang mengeluarkan kenyataan mcm tuh.. timbalan presiden jek.. selagi 'boss besar' suka dengan situasi sekarang nih.. alamat tak berubah la tahun depan.. sama jugak ceritanya...
tolongla.. kami dah lama benar tak menonton aksi-aksi bertenaga.. rindu btul aksi final malaysia cup 1992..