Tuesday, September 9, 2008

My Soul For Sell!

Kali nih nak citer pasal BPL plak..
sebenarnya aku bukanlah penyokong tegar mana2 pasukan BPL..
tadi aku tetap ikuti perkembangan liga ini dari zaman 'Big League Soccer' lagi..

yang sensasi skang nih adalah tentang kemasukan Robinho dalam pasukan
Manchester City dari Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak
32.5 juta pound (RM198.52 juta). Menjadikan dia sebagai pemain termahal
BPL buat masa ini...

Sblom nih desas-desus mengatakan yang beliau akan ke Chelsea..
tup2.. dah sign dengan 'the sky blues' nih.. kesimpulan yang dapat dibuat
ialah 'wang'.. ada wang smer jadi.. lagi plak skang nih MC dimiliki oleh
ahli perniagaan jutawan Arab iaitu Sulaiman Al-Fahim dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Aku tak salahkan Robinho sbb buat keputusan tuh.. nama pun dah player
profesional.. memang duit dan ganjaranlah yang dia cari dulu.. tapi dari segi
mental aku rasa ada yang tak kena dengan dia nih.. bukan aku sorang ckp..
Pele pun ckp Robinho perlukan sesi kaunseling..

Aku merasakan Robinho takkan berjaya kat MC berbanding kalau dia buat
keputusan untuk menyertai Chelsea.. Unless.. kalu MC berjaya pikat ramai
lagi bintang2 untuk menyertai mereka..

Labels:

About Me

Tagboard

Archives

Blogroll

Template