ilmu yang diajar guru selama 6 tahun di sekolah rendah nih akan diuji..
tahun ni akan menampilkan 65 orang calon daripada skolah aku..
pelbagai usaha dah dijalankan dan dicurakan oleh guru-guru..
bermula arini.. terserah kepada mereka untuk menterjemahkan segala
ilmu yang dipelajari di atas kertas jawapan.. walaupun aku tak terlibat
secara langsung mengajar tahun 6 tahun nih.. tapi aku berdoa dan
mengharapkan mereka dapat melakukan yang terbaik..
terutama budak-budak sofbol aku yang mewakili negeri tahun nih..
upsr kali ini jugak akan menguji keberkesanan dan pencapaian murid eTems..
pengajaran matapelajaran sains dan matematik menggunakan
bahasa inggeris.. ada bunyi2 tahun depan nak diajar dalam
bahasa malaysia smuler.. ntah laa.. dasar yang sentiasa berubah..
smer ada kepentingan masing2.. kita yang bawah2 nih..
hanyalah 'saya yang menurut perintah'...
Labels: education
