Thursday, December 11, 2008

Ini Kisah Bolasepak Kita!


Di sini berakhir perjuangan pasukan bolasepak Malaysia di Kejohanan
AFF Piala Suzuki 2008 di Phuket, Thailand.. Malaysia berada di kedudukan
ketiga kumpulan B setelah tewas kepada Vietnam 2-3 dan Thailan 0-3..
Malaysia hanya mampu mencatatkan kemenangan ke atas pasukan kerdil,
Laos 4-0.. agaknya kat situ aje taraf pasukan bolasepak Malaysia..

Untuk kejohanan ini aku tak nampak sumbangan ayam2 tua yang dipanggil
kembali untuk 'membantu' pasukan negara.. cuma nampak indra dan
safee yang menyerlah.. yg lain tuh dipanggil ubtuk apa ? makan angin je kot..
elok2 polisi nak mengekalkan pemain2 muda.. last2 panggil jugak penumpang2 nih..
sampai bila tah laaa..

Mungkin juga ini tugasan yang terakhir untuk coach Malaysia,
Mr. Sathianathan yang sblom bermula kejohanan konfiden sgt team nih
mampu mencipta kejutan.. akhirnya tersungkur jugek..
elok juga mamat nih digantikan dengan personaliti yang lebih
berkemampuan dan berwibawa untuk menggalas tugas
menaikkan smula martabat bolasepak Malaysia..

Labels:

Wednesday, October 29, 2008

dari Super ke Perdana...

trend baru untuk musim baru bolasepak tempatan..
untuk musim hadapan kita akan dapat saksikan player2
konon2 'star' main untuk team liga perdana..
pelik jugak bagi seorang pemain berstatus 'pemain kebangsaan'..
jauh beza dengan liga lain.. kalu nak dibandingkan dengan bpl
mmg tak padan sangat.. tapi coach england tak amek player2
dari team no. 15-20.. apatah lagi team divisyen 1..
lain pulak situasinya kat liga kita..
ser lagi player kita banyak sign kontrak dengan team kelab..
salah satu faktornya mungkin pengurusan lebih profesional..
gaji bayar on time.. kelab la katakan.. ada kelab yang mewakili
syarikat korporat.. mestila dia nak jaga imej dia..
mungkin pengurusan FA negeri patut mempertimbangkan
nder nih.. swastakan FA untuk memastikan pengurusan
dapat dibuat dengan lebih profesional...
skang nih.. nama jek profesional..
tapi gaji tertunggak sampai 5 bulan.. apa citer ?

Labels:

Tuesday, September 9, 2008

My Soul For Sell!

Kali nih nak citer pasal BPL plak..
sebenarnya aku bukanlah penyokong tegar mana2 pasukan BPL..
tadi aku tetap ikuti perkembangan liga ini dari zaman 'Big League Soccer' lagi..

yang sensasi skang nih adalah tentang kemasukan Robinho dalam pasukan
Manchester City dari Real Madrid dengan bayaran perpindahan sebanyak
32.5 juta pound (RM198.52 juta). Menjadikan dia sebagai pemain termahal
BPL buat masa ini...

Sblom nih desas-desus mengatakan yang beliau akan ke Chelsea..
tup2.. dah sign dengan 'the sky blues' nih.. kesimpulan yang dapat dibuat
ialah 'wang'.. ada wang smer jadi.. lagi plak skang nih MC dimiliki oleh
ahli perniagaan jutawan Arab iaitu Sulaiman Al-Fahim dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Aku tak salahkan Robinho sbb buat keputusan tuh.. nama pun dah player
profesional.. memang duit dan ganjaranlah yang dia cari dulu.. tapi dari segi
mental aku rasa ada yang tak kena dengan dia nih.. bukan aku sorang ckp..
Pele pun ckp Robinho perlukan sesi kaunseling..

Aku merasakan Robinho takkan berjaya kat MC berbanding kalau dia buat
keputusan untuk menyertai Chelsea.. Unless.. kalu MC berjaya pikat ramai
lagi bintang2 untuk menyertai mereka..

Labels:

Monday, September 8, 2008

Pahang : skrip lama, watak baru..

"Memang musim ini, kewangan kita agak teruk kerana kutipan tiket perlawanan tak dapat menampung kos pengendalian pasukan.
"Prestasi pasukan juga menjadi punca penyokong tak datang ke stadium. Semua masalah ini berkait-kait sebenarnya.
"Jadi untuk musim depan, kita akan hentikan pembelian pemain import
tempatan, sebaliknya menggunakan anak-anak Pahang yang mempunyai jati diri," jelasnya.

Timbalan Presiden PBNP, Datuk Muhammad Safian Ismail

aku tak bley jauhkan diri daripada bercerita tentang pasukan bolasepak
kesayangan aku, Pahang.. untuk tahun yang ketiga berturut2 dengan persembahan hambar.. takde apa yang bley dibanggakan dengan skuad Tokgajah nih..

aku tertarik untuk mengulas statement kat atas tuh.. agaknya dia baru sedar tentang kepentingan untuk anak muda tempatan diberikan peluang untuk membawa cabaran pasukan Pahang musim hadapan..

apa guna bergantung harap kepada pemain luar yang hanya menanti hujung bulan untuk kuar duit dari mesin atm.. kalu gaji masuk lambat sket.. smer main mcm budak bawah 12 tahun.. atau bley aku katakan budak bawah 12 tahun main lagi cantik daripada dowang tuh..

cukup-cukupla panggil orang luar.. dah tiba masa kita bina generasi sendiri yang bley dibanggakan.. memang la amek masa.. tapi ingat la yang kejayaan tuh tak terhasil secara 'mee segera'..

tapi, persoalannya sekarang.. saper awak yang mengeluarkan kenyataan mcm tuh.. timbalan presiden jek.. selagi 'boss besar' suka dengan situasi sekarang nih.. alamat tak berubah la tahun depan.. sama jugak ceritanya...

tolongla.. kami dah lama benar tak menonton aksi-aksi bertenaga.. rindu btul aksi final malaysia cup 1992..


Labels:

About Me

Tagboard

Archives

Blogroll

Template