Sunday, December 21, 2008

Liga Super Futsal TGC 2009 Promo!


Labels:

Monday, December 15, 2008

RM1.80 Seliter..


Alhamdulillah dan terima kaseh..
kerana 'keprihatinan' dan sifat 'murah hati' golongan2 yang ada kat sana..sudi jugak golongan2 nih nak jengOk2 nasib orang kat bawah nih..

bermula kol 12 a.m 16 Disember 2009..
minyak RON97 akan diturunkan sbnyak rm0.10 kepada rm1.80 berbanding
rm1.90 sblom nih.. rm0.12 sen lebih murah berbanding rm1.92 harga asal
waktu harga minyak dunia berharga usd74 setong dulu..
arini harga minyak dunia ialah usd49.01 (oil-price.net)..

secara matematiknya :

usd74 setong = rm1.92 seliter
usd49 setong = rm1.80 seliter ke ?

fikir-fikirkan...



Labels:

Transporter 3




Lagi skali berkesempatan menonton wayang..
kali ini aku ngan wife tonton 'transporter 3' yang dibintangi oleh Jason Statham
di Teruntum Cineplex, Kompleks Teruntum.

Ini adalah kesinambungan daripada citer2 'transporter' yang terdahulu..
Kali nih Jason sebagai 'Frank Martin' ditugaskan untuk membawa
Valentina, anak kepada Menteri Alam Sekitar Ukraine yang telah diculik
oleh sindiket yang mahu mengugut menteri tersebut untuk menandatangani
sebuah dokumen perjanjian. Perjanjian tersebut akan membenarkan sindiket
terbabit untuk membuang bahan toksid yang sgt merbahaya dalam jumlah
yang banyak di Ukraine.


Banyak aksi2 menarik dalam citer nih.. antaranya :
1. aksi lawan2 dalam kilang kereta kepunyaan rakan frank di Munich..

2. aksi kejar mengejar kete antara frank dengan orang suruhan menteri yang mengupah
untuk menyelamatkan anaknya. kejar-mengejar berakhir dengan kete orang upahanjatuh gaung. Merc tuh.. kabbooomm..
3. aksi frank bawak bmx nak kejar orang yg curi kete dia.. gila banyak aksi extreme mamatnih buat.. tingat aku citer 'bmx bandits' masa aku kecik2 dulu..

4. frank bawak kete lompat atas kete api..
5. Banyak lagi laa.. tak larat nak citer smer.. tgk sendiri lagi baik.. kekeke..


Selamat Menonton!

p/s : tak tercapai lagi hajat nak tgk 'Bolt"..


Labels:

Friday, December 12, 2008

Los dan Faun


Malam tadi berkesempatan menonton citer terbaru arahan afdhlin shauki 'Los dan Faun'
kat GSC Megamall, Kuantan ngan wife aku..
Bagi aku citer nih agak menarik.. walaupun mula2 nampak slow.. tapi bila dah sampai tgh tuh..
mmg gelak aku dibuatnya..

Carlos Rodrigo Gunting (Los) dan Ahmad Faun Bin Dollah (Faun) adalah 2 orang sahabat karib berasal dari Melaka. Mereka ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Kerana sifat Faun yang tersangatlah jujur mereka kerap kali bertukar pekerjaan sehinggalah pada suatu hari Faun telah berjaya membantu majikannya, seorang manager kedai bra mencari walletnya yang hilang. Kecekapan Faun menggunakan kemampuan penakulannya secara luar biasa untuk mencari wallet manager tersebut mendatangkan satu idea kepada Los untuk menjadikannya sebagai satu bisnes yang boleh menguntungkan mereka.

Dari situ, Los dengan menggunakan kuasa penakulan Faun yang hebat dalam mencari barangan hilang telah menubuhkan satu syarikat membantu mencari barangan hilang. Dan mereka berjaya menyelesaikan setiap kes kehilangan yang diberikan kepada mereka.Kehebatan syarikat Los dan Faun dalam mencari barangan yang hilang akhirnya menarik minat seorang balu kepada seorang jutawan iaitu Jasmin yang mahu Los dan Faun mencari kembali jam tangan antik yang bernilai jutaan ringgit milik arwah suaminya yang hilang di malam suaminya mati. Namun, di dalam kes tersebut, Faun gagal mendapat klue kehilangan jam tangan tersebut.

Selain Los dan Faun, mereka juga dibantu oleh sepasang penyiasat insuran yang turut terlibat dalam pencarian jam tangan antik tersebut iaitu Dick Johnson ( Stephen Hughes) dan Amran Askor (Khir). Ketiadaan klue dan kehilangan kuasa pencarian Faun (akibat cintanya kepada Jasmin) telah memaksa Los dan Faun meneruskan penyiasatan demi penyiasatan terhadap kehilangan jam antik tersebut dan ini seterusnya telah menyebabkan mereka berjaya membongkar konspirasi licik di sebalik kehilangan jam tangan itu.

Macam mana kesudahannya ? Apa kata anda smer menontonnya di pawagam..

Selain Hans Isaac dan Adlin Aman yang menjadi teraju utama filem ini..
aku juga suka karektor en. Amran lakonan Khir Rahman.. bagi aku.. walaupun wataknya kecil..
tapi dia berjaya menimbulkan suasana gelak dan melucukan..

Labels:

Thursday, December 11, 2008

Ini Kisah Bolasepak Kita!


Di sini berakhir perjuangan pasukan bolasepak Malaysia di Kejohanan
AFF Piala Suzuki 2008 di Phuket, Thailand.. Malaysia berada di kedudukan
ketiga kumpulan B setelah tewas kepada Vietnam 2-3 dan Thailan 0-3..
Malaysia hanya mampu mencatatkan kemenangan ke atas pasukan kerdil,
Laos 4-0.. agaknya kat situ aje taraf pasukan bolasepak Malaysia..

Untuk kejohanan ini aku tak nampak sumbangan ayam2 tua yang dipanggil
kembali untuk 'membantu' pasukan negara.. cuma nampak indra dan
safee yang menyerlah.. yg lain tuh dipanggil ubtuk apa ? makan angin je kot..
elok2 polisi nak mengekalkan pemain2 muda.. last2 panggil jugak penumpang2 nih..
sampai bila tah laaa..

Mungkin juga ini tugasan yang terakhir untuk coach Malaysia,
Mr. Sathianathan yang sblom bermula kejohanan konfiden sgt team nih
mampu mencipta kejutan.. akhirnya tersungkur jugek..
elok juga mamat nih digantikan dengan personaliti yang lebih
berkemampuan dan berwibawa untuk menggalas tugas
menaikkan smula martabat bolasepak Malaysia..

Labels:

Tuesday, December 9, 2008

Tahukah Anda ? - FIFA Piala Dunia

1. Indonesia negara pertama Asia beraksi dalam Piala Dunia - Indonesia merupakan negara Asia pertama yang beraksi di pentas piala dunia pada tahun 1938 di Paris. Pada waktu itu mereka
menggunakan nama Netherlands East Indie.

2. Penjaring gol pertama Piala Dunia - Penjaring gol pertama di pentas final Piala Dunia ialah Pablo Dorado dari Uruguay.

3. Pemain pertama dibuang padang - Pemain pertama yang dibuang padang ialah ketua pasukan Peru, Mario de las Casas. Dia dikenakan kad merah ketika perlawanan kumpulan 3 menentang Romania. Dalam perlawanan tersebut Peru tewas 1-3 dalam perlawanan yang hanya disaksikan oleh 300 penonton.

4. Perlawanan pertama Piala Dunia - Perancis mengalahkan Mexico 4-1 dalam perlawanan pertama Piala Dunia. Lucien Laurent mencatatkan namanya sebagai penjaring gol yang pertama Piala Dunia.

5. Tuan rumah pertama - 6 negara menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Negara-negara tersebut ialah Itali, Hungry, Holland, Sepanyol, Sweden dan Uruguay. Uruguay telah terpilih kerana berjanji untuk menanggung semua perbelanjaan pasukan-pasukan yang bertanding.


Labels:

Tahukah Anda ? - Part 2

1. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

2. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.

3. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

4. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

5. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

6. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.

7. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

8. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

9. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali .

10. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

Labels:

Tahukah Anda ? - part 1

1. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

2. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah .

3. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

4. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

5. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

6. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

7. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

8. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

9. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

10. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Labels:

Monday, December 8, 2008

The Orange New Logo!

Nih logo tim softball aku yang baru..
kredit untuk my wife yg bantu untuk merealisasikan
logo ini dgn menggunakan adobe photoshop..

harap2 pencapaian thn dpn dan thn akan datang
akan lebih garang dang mengancam
seperti gambo arimau dlm logo tuh..

keep on fighting, TIGERS!

Labels:

Liga Super Futsal TGC Kembali!



Liga Super Futsal TGC kembali lagi untuk edisi 2009..
Liga ini diadakan khusus untuk penyokong cyber
pasukan bolasepak Pahang DM
di laman forum http://tokgajah.com/ ..
Edisi kali ini adalah edisi kali yang ke 3..
Jadi kepada peminat2 bolasepak Pahang..
Jangan lepaskan peluang untuk daftarkan diri
di www.tokgajah.com dan sertai liga super futsal
edisi yang ke 3 ini..

Labels:

Selamat Hari Raya Idul Adha 1429

Labels:

About Me

Tagboard

Archives

Blogroll

Template