Friday, December 12, 2008

Los dan Faun


Malam tadi berkesempatan menonton citer terbaru arahan afdhlin shauki 'Los dan Faun'
kat GSC Megamall, Kuantan ngan wife aku..
Bagi aku citer nih agak menarik.. walaupun mula2 nampak slow.. tapi bila dah sampai tgh tuh..
mmg gelak aku dibuatnya..

Carlos Rodrigo Gunting (Los) dan Ahmad Faun Bin Dollah (Faun) adalah 2 orang sahabat karib berasal dari Melaka. Mereka ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Kerana sifat Faun yang tersangatlah jujur mereka kerap kali bertukar pekerjaan sehinggalah pada suatu hari Faun telah berjaya membantu majikannya, seorang manager kedai bra mencari walletnya yang hilang. Kecekapan Faun menggunakan kemampuan penakulannya secara luar biasa untuk mencari wallet manager tersebut mendatangkan satu idea kepada Los untuk menjadikannya sebagai satu bisnes yang boleh menguntungkan mereka.

Dari situ, Los dengan menggunakan kuasa penakulan Faun yang hebat dalam mencari barangan hilang telah menubuhkan satu syarikat membantu mencari barangan hilang. Dan mereka berjaya menyelesaikan setiap kes kehilangan yang diberikan kepada mereka.Kehebatan syarikat Los dan Faun dalam mencari barangan yang hilang akhirnya menarik minat seorang balu kepada seorang jutawan iaitu Jasmin yang mahu Los dan Faun mencari kembali jam tangan antik yang bernilai jutaan ringgit milik arwah suaminya yang hilang di malam suaminya mati. Namun, di dalam kes tersebut, Faun gagal mendapat klue kehilangan jam tangan tersebut.

Selain Los dan Faun, mereka juga dibantu oleh sepasang penyiasat insuran yang turut terlibat dalam pencarian jam tangan antik tersebut iaitu Dick Johnson ( Stephen Hughes) dan Amran Askor (Khir). Ketiadaan klue dan kehilangan kuasa pencarian Faun (akibat cintanya kepada Jasmin) telah memaksa Los dan Faun meneruskan penyiasatan demi penyiasatan terhadap kehilangan jam antik tersebut dan ini seterusnya telah menyebabkan mereka berjaya membongkar konspirasi licik di sebalik kehilangan jam tangan itu.

Macam mana kesudahannya ? Apa kata anda smer menontonnya di pawagam..

Selain Hans Isaac dan Adlin Aman yang menjadi teraju utama filem ini..
aku juga suka karektor en. Amran lakonan Khir Rahman.. bagi aku.. walaupun wataknya kecil..
tapi dia berjaya menimbulkan suasana gelak dan melucukan..

Labels:

About Me

Tagboard

Archives

Blogroll

Template